Kanvas Pemasaran Digital

Sebuah panduan praktikal untuk membangunkan strategi untuk mempercepatkan pertumbuhan bisnes

Kanvas Pemasaran Digital

DMC ini adalah satu alat Ciptaan Bersama

Pemasar, Usahawan, Pemaju, Pereka… Dapatkan semua orang di sekeliling meja!

Sumbang Saran

Sumbang Saran


Idea baru dengan rakan sepasukan anda

Sebuah poster adalah apa yang anda perlu untuk buat bersama.

Belajar

Belajar


Asas pemasaran & perjalanan pelanggan

Belajar bagaimana asas pemasaran dan kitar hayat pelanggan dalam talian bekerjasama dengan satu sama lain.

Cipta

Cipta


Strategi pemasaran yang lebih baik

Cari strategi digital yang sesuai untuk syarikat anda.

Kanvas Pemasaran Digital

Hasil kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons
Attribution-Share Alike 3.0 Unported License

Untuk lihat salinan lesen ini, lawat: creativecommons.org

Ribuan muat turun

setiap bulan

129 negara

telah menggunakan kanvas ini

Ratusan bengkel

dianjurkan merata dunia

Memperkenalkan Kanvas Pemasaran Digital (DMC)

Alangkah bagus jika saya telah tahu tentang benda ini lebih awal. Mungkin 5 tahun yang lalu. Pada saat saya tidak ada idea tentang apa yang saya sebenarnya sedang buat untuk kerja harian saya dalam sebuah startup.

âťť

"Je suis particulièrement sensible à ce genre d’outil, car il représente un outil pragmatique pour stimuler les échanges et la collaboration et surtout pour éviter de se précipiter tête baissée (...). Suivre ce modèle, c’est s’assurer de ne pas céder à la tentation de dégainer un arsenal technologique pour compenser une stratégie défaillante."

Baca lebih lanjut…

Fred Cavazza - Ahli Teknologi Pemasaran dan Penceramah (Perancis)

Fred Cavazza

Poster DMC adalah percuma

Memperkenalkan Kanvas Pemasaran Digital (DMC)

Alangkah bagus jika saya telah tahu tentang benda ini lebih awal. Mungkin 5 tahun yang lalu. Pada saat saya tidak ada idea tentang apa yang saya sebenarnya sedang buat untuk kerja harian saya dalam sebuah startup. Menjana dari 0 hingga ke €500k seminggu. Bukan selalunya mudah untuk keluar daripada perangkap dalam persekitaran yang tidak menentu. DMC ini tidak menjamin kejayaan. Tetapi ia akan meningkatkan peluang anda dengan memerah semua tanggapan yang anda perlu buat untuk sebarang keputusan pemasaran.

Apakah Kanvas Pemasaran Digital?

DMC ini ialah sebuah panduan praktikal untuk membangunkan strategi untuk mempercepatkan pertumbuhan bisnes. Kanvas ini dicipta untuk sesiapa di dalam syarikat untuk dibincangkan dalam mesyuarat. Pemasar, Usahwan, Pemaju, Pereka, Jualan,... Ini adalah satu alat ciptaan bersama. Sumbang saran sebagai titik permulaan, strategi digital adalah garis penamat. Saat anda melalui proses ini, anda akan belajar bagaimana asas pemasaran dan kitar hayat pelanggan dalam talian bekerjasama dengan satu sama lain. DMC ini membekalkan syarikat sebuah pendekatan berstruktur untuk menyatakan cadangan nilai mereka dengan taktik pemasaran dan teknologi digital.

Bagaimanakah rupanya?

Ia kelihatan seperti satu muka surat rangka kerja dengan bahagian spesifik: Cadangan Nilai, Misi, Visi, Jenama, Penonton Sasaran, Pasaran, Pengambilalihan, Rujukan, Pendapatan dan Pengekalan.

Apakah maksud semua bahagian ini?

  • Cadangan Nilai: Janji nilai yang akan ditepati: faedah dan pembezaan unik

  • Misi: Tujuan syarikat dan sebab

  • Visi: Matlamat dan aspirasi perniagaan syarikat jangka panjang

  • Jenama: Ekspresi lengkap syarikat yang dikomunikasikan mencipta pengalaman untuk orang awam, baik rasional dan emosi.

  • Penonton Sasaran: Para pelanggan (sedia ada + ideal) yang dilayan oleh syarikat

  • Pasaran: Kedudukan pasaran syarikat relatif kepada pesaing

  • Pengambilalihan: Mendapatkan pelawat dari saluran berkala

  • Pengaktifan: Pengalaman gembira pertama yang dapat diukur untuk mendapatkan 'saat aha'

  • Rujukan: Pengguna merujuk produk kepada rakan mereka

  • Pendapatan: Mengewangkan tingkah laku pengguna

  • Pengekalan: Mendapatkan pengguna untuk kembali ke bahagian AARRR (sebanyak mungkin)

Bagaimana Kanvas Pemasaran Digital dicipta?

Rahsia semula jadi formula ini adalah mudah:
Model Bisnes Kanvas + Asas Pemasaran + Model AARRR Dave McClure + Pengalaman rendah hati saya sendiri

Bagaimana saya boleh dapat Kanvas Pemasaran Digital?

Anda boleh muat turun poster ini untuk percuma pada https://malay.digitalmarketingcanvas.co.
Anda juga boleh jumpa tarikh persidangan dan kandungan baru (akan datang) di mana saya akan memperkenalkan alat ini dengan lebih terperinci.

DMC ini telah pun mendapat banyak minat organic tetapi maklum balas anda masih merupakan bahagian terpenting projek ini: Tolong maklumkan saya!

Kanvas Pemasaran Digital